Penyertaan golongan muda dalam kerajaan dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu dijadikan dasar seperti mana yang dilakukan terhadap golongan wanita sebelum ini.
Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun langkah pengambilan golongan muda untuk menyertai kerajaan dan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dilihat cukup memberangsangkan, namun ia tidak boleh dihentikan setakat itu sahaja.