TERKINI: "Akan Ada Anak Muda Rancang Bunuh Diri" - Syed Saddiq

2019-04-23 0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 peratus daripada 5.5 juta golongan muda di negara ini didapati pernah merancang untuk membunuh diri manakala 6.9 peratus pernah cuba membunuh diri.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kaji selidik oleh Kesihatan Mental Kebangsaan turut mencatatkan seramai 1:5 golongan muda mengalami kemurungan dan 1:10 berasan tertekan.

Jelas beliau, data tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana isu kesihatan mental menjadi serius pada masa ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com