'Terima kasih' - Kempen derma Malaysiakini capai sasaran

2021-02-19 1

Malaysiakini telah mencapai lebih daripada sasaran kutipan dana sebanyak RM500,000 dalam masa kurang dari lima jam.

Pengumpulan dana tersebut untuk membantu portal berita ini membayar denda RM500,000 setelah Mahkamah Persekutuan mendapati Malaysiakini bertanggungjawab atas komen menghina pembacanya.

Ketua Pegawai Eksekutif portal berita ini, Premesh Chandran mengucapkan terima kasih kepada pembaca dan orang ramai atas sokongan mereka.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/563604