Kempen #BebasAnwar capai lebih 10ribu tandatangan

2015-10-16 14,686

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mengesahkan menerima sejumlah 10,178 tandatangan daripada wilayah utara sempena kempen Sejuta Tandatangan Bebaskan Anwar yang dilancarkan Febuari lepas.

Katanya borang tersebut akan dihantar kepada pusat pengumpulan yang terletak di Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Petaling Jaya.