Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini membidas NGO LENSA yang semalam menyarankan ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara dan tidak mengheret rakyat supaya turun ke jalanan bagi menyertai kempen Rakyat Hakim Negara.
Beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata, LENSA tiada hak untu menghalang mana-mana individu untuk berhimpun bagi menunjukkan solidariti bersama Anwar.