Hak kita berhimpun di depan Sogo, kata #KitaLawan

2015-08-07 7

Penganjur protes #KitaLawan, Fariz Musa adalah hak ralyat dan bukannya polis bagi menentukan sama ada mereka boleh berhimpun di hadapan pusat membelah Sogo di Kuala Lumpur pada Sabtu, 7 Mac ini.

Kumpulan berkenaan bercadang mengadakan himpunan bagi menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihumban ke penjara kerana kesalahan meliwat dan mendesak Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak berundur.

Orang ramai yang ingin menyertai demo berkenaan diminta berkumpul mulai pukul 3 petang sama ada di Pasar Seni, Masjid Jamek atau di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum bergerak ke Sogo.