Siasat Jho Low atas penggubahan dana haram, kata DAP

2015-08-07 7

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu pihak berkuasa menyiasat Low Taek Jho kerana didakwa menggunakan wang haram bagi pembelian Utama Banking Group (UBG Bank) pada 2010.

Katanya, penstrukturan kerjasama antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Petrosaudi International Ltd direka pada 2009 bagi membolehkan Jho Low dan rakan-rakannya membawa keluar berbilion ringgit dari Kementerian Kewangan.