Himpunan #KitaLawan haram 'atas banyak sebab'

2015-08-07 1

Himpunan #KitaLawan yang dijadualkan Sabtu ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan undang-undang atas pelbagai sebab, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim.

Menurutnya, ini termasuk ucapan yang boleh menghasut, selain tindakan yang boleh melanggar Kanun Keseksaan.