"Penguin ada yang tercedera di dada. Sedih saya tengok. Dulu beribu-ribu tapi sekarang setompok sekitar 50-60 ekor sahaja. Saya juga saksikan ribuan runtuhan iceberg di sekitar Antartika mula mengecil dan mencair.
"Menangis saya saksikan semua ini kerana perjalanan merentas Kutub Utara dan Kutub Selatan yang pernah saya lakukan pada tahun 2006 dahulu berbeza sangat dengan hari ini.
"Menakutkan, gunung berapi juga sudah hidup. Nampak kehitaman yang suatu ketika dulu diliputi ais tebal.
Nampak puncaknya yang menghitam dan rombongan kami boleh mandi di tempat beku kerana airnya suam.
Kalau kita tengok di tengah kita tak akan tahu semua ini tapi kalau datang dari tebing, kita akan saksikan semua kesedihan ini di mana pemanasan global dan kerakusan tangan manusia mengakibatkan kemusnahan alam ini.
#mingguanwanita #podcast #sembangwanitaxtra #kiamatiklim #kiamatkklimbersamadsm #bumimakinpanas #ozonkoyak #ozonebocor #antarcticamencair #biaradajanganpanik #bagkecemasankiamatiklim