Dah sampai wad psikiatri tapi Zahnita patah balik rumah, rupanya ramai pesakit lagi teruk

2025-02-12 1,680

PELAKON dan model Zahnita Wilson mendedahkan dia pernah bertemu dengan pakar psikiatri akibat kemurungan pada tahun 2019.

Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak meneruskan rawatan selepas melihat keadaan pesakit lain jauh lebih teruk berbanding dirinya.

Menurut Zahnita, suaminya iaitu Abdul Zackery adalah individu yang membawanya ke wad psikiatri berkenaan bagi membantu model itu kembali pulih daripada kemurungan.