Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja diarah untuk menyediakan pelan induk bagi melaksanakan perkhidmatan 5G mudah alih di seluruh negara.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.