Inilah detik yang paling dinantikan! Episod Akhir Maskulin Who's Your Bro, bakal menemui anda malam ini. Tiga duo terhebat telah berjaya mara hingga ke pentas terakhir – Saddam & Dr. Shazif, Ikmal Amry & Hakimi, serta Syafiq & Theebaan G. Masing-masing telah menunjukkan semangat juang, kekuatan fizikal, mental, dan strategi yang luar biasa sepanjang musim ini.
Namun, hanya satu duo yang akan dinobatkan sebagai Juara Utama Maskulin Who's Your Bro! Siapakah yang bakal mengungguli cabaran akhir ini dan membawa pulang RM 30,000?
Episod akhir ini menjanjikan cabaran sengit yang bakal menguji segala aspek – kekuatan, daya tahan, fokus, dan yang paling penting, kerjasama antara duo. Setiap pasangan perlu bergantung sepenuhnya antara satu sama lain untuk membuktikan bahawa mereka adalah duo paling terbaik yang mampu mengharungi apa jua rintangan.
#Maskulin #MaskulinWhosYourBro #SiapaBroSiapaLawan #Ideaktiv #Astro #AstroRia