MOT umum syarikat baharu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor esok

2025-02-06 4,954

MOT umum syarikat baharu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor esok

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) baharu esok.

Beliau berkata, perkembangan terkini ini susulan keputusan kerajaan yang memutuskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak lagi menjadi badan tunggal yang menawarkan perkhidmatan tersebut sejak tahun lalu.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang ingin mengetahui sejauh mana amalan monopoli yang dibiarkan kepada satu syarikat sejak 1994 telah menyebabkan kewujudan sindiket yang bersekongkol untuk meluluskan kenderaan yang tidak selamat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/711242/berita/nasional/mot-umum-syarikat-baharu-pusat-pemeriksaan-kenderaan-motor-esok

#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT #PPKM #Puspakom