Pelajar undang-undang, ibu dituduh curi barang kemas

2025-02-06 18,049

Pelajar undang-undang, ibu dituduh curi barang kemas

Seorang wanita dan anak perempuannya, yang merupakan pelajar undang-undang didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka, pada Khamis atas tiga pertuduhan mencuri barangan kemas bernilai lebih RM20,000 ketika melakukan perkhidmatan kemas rumah di sebuah kediaman.

Tertuduh, S Wairavi,46, dan anaknya, C Tharshini,19, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #curibarangkemas