'Air mata' jejaka Tumpat tewaskan 25 peserta pertandingan menangis

2025-02-05 1,508

'Air mata' jejaka Tumpat tewaskan 25 peserta pertandingan menangis

Penganjur pertandingan menangis di Ekspo Kelantan Event yang tular di laman sosial ketika ini mendedahkan ia bukan kali pertama dianjurkan sebaliknya sudah memasuki siri keempat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Pengurusnya, Muhamad Nur Amin Che Nor Asri berkata, sebelum ini ia sudah dianjurkan di Rhu Rehlah Pantai Bisikan Bayu Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pantai Irama Bachok.

Beliau tidak menyangka video kali ini tular selepas dimuat naik melalui laman sosial dan mendapat tontonan hampir mencecah 1 juta.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/711048/edisi/kelantan/air-mata-jejaka-tumpat-tewaskan-25-peserta-pertandingan-menangis

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #pertandinganmenangis #KualaKrai