Trafik di lebuh raya utama terus meningkat pada hari terakhir Op Selamat 23 pada Ahad, dengan kira-kira 1.82 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, meskipun pertambahan itu mengakibatkan pergerakan kenderaan perlahan, aliran trafik di semua arah menghala ke ibu kota adalah lancar dan terkawal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/710449/berita/semasa/182-juta-kenderaan-penuhi-lebuh-raya-hari-terakhir-op-selamat-23
#sinarharian #beritasemasa #opselamat23 #cuti