Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$116.22 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$4.50 juta pada akhir Disember 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata bahawa untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan terlebih dahulu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk, antara lain, pinjaman luar kerajaan berjadual dan tempoh matang Bil Antara Bank Bank Negara dalam mata wang asing, berjumlah AS$10.60 bilion.