Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP), dan seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syesyen Jenayah, Johor Bahru pada Selasa atas dua pertuduhan menerima rasuah pada Ogos, 2024 lalu, lapor wartawan Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh, ASP Mohd Khairul Saberi Nyan, 41, dan Sarjan Michael Anak Umap, 50, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Khairul diikat jamin sebanyak RM12,000, manakala Michael dibenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan tarikh 13 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/709698/berita/semasa/dua-pegawai-polis-didakwa-kes-rasuah?utm_source=izooto&utm_medium=on_site_interactions&utm_campaign=Exit_Intent_Recommendations
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrasuah #mahkamah #JohorBahru