Statistik jenayah indeks di Melaka meningkat - Polis
Statistik jenayah indeks di Melaka meningkat sebanyak 16.05 peratus iaitu sejumlah 1,692 kes sepanjang tahun 2024 berbanding tempoh sama pada tahun 2023 dengan 1,458 kes.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, daripada angka itu jenayah komersil merekodkan kerugian tertinggi iaitu RM79,268,409 berbanding RM48,422,567 dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/709661/edisi/melaka-ns/statistik-jenayah-indeks-di-melaka-meningkat---polis
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #IndeksJenayah #PDRM #jenayah