Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membeku 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta berhubung sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.
Dalam satu sidang media khas di Putrajaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, seramai 21 individu sudah ditahan di bawah Op Sky bagi membantu siasatan, selain lapan pengarah dan kakitangan sebuah syarikat, 12 pegawai bank, dan seorang orang awam yang berperanan sebagai ejen.