Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan

2025-01-17 19,652

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan Melaka, pada petang Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Norfarhana Yaacob.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden yang menimpa dua nelayan dengan sebuah bot melalui kumpulan aplikasi WhatsApp Sahabat Maritim pada jam 5 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707728/berita/semasa/dua-nelayan-bot-dilaporkan-hilang-di-pulau-undan

#SinarHarian #BeritaSemasa #nelayanhilang #pulauundan #Maritim