Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) bersedia untuk membantu jemaah umrah yang terkandas berikutan sebuah syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke Tanah Suci Makkah, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Penasihat Undang-Undang yang mewakili jemaah, Ena Awil berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiusaha (kebudayaan) MOTAC, Datuk Mohd Yusri Mohd Yusof di kementerian itu pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707745/berita/nasional/motac-sedia-bantu-jemaah-umrah-terkandas
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahterkandas #MOTAC