Tegas betul cara Nelydia jaga anak Uqasha Senrose, tak boleh sesuka hati pegang baby

2025-01-10 17

SERONOK bergelar ibu, pelakon Uqasha Senrose bagaimanapun mengaku ada kalanya dia merindui kehidupan sebelum mempunyai anak.

Ketika belum memiliki anak, Uqasha, 33, memberitahu dia boleh melakukan aktiviti seperti menonton filem dan tidur tanpa mengira waktu.

Pun begitu, Uqasha berkata dia tetap gembira menjalani fasa baharu kehidupannya apabila dapat melihat Hawra Uqaira membesar di depan mata