Anwar zahir ucapan takziah atas kebakaran hutan California

2025-01-10 14

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.

Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.