Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap berjalan seperti biasa Isnin ini, meskipun Johor mengumumkan cuti kelepasan am susulan pertukaran cuti hujung minggu.
Bulan lalu, kerajaan Johor bersetuju memberikan satu hari cuti umum sempena penyelarasan semula cuti hujung minggu di Johor kerana minggu akhir 2024 dan minggu pertama 2025 jatuh pada minggu sama.