Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dalam tempoh 3 minggu

2024-12-27 63

Lebih 50,000 pelarian telah pulang ke Syria dari negara jiran dalam tempoh tiga minggu berikutan kejatuhan rejim Assad.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi menerusi hantaran di platform X berkata bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.