Jumlah jualan kereta pada 2025 diramal merosot lapan peratus

2024-12-26 6

Jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) pada 2025 diramalkan menyusut lapan peratus kepada 730,000 unit berbanding 790,000 unit pada tahun ini.

RHB Investment meramalkan, penurunan itu didorong oleh persaingan sengit berikutan kemasukan pemain baharu, khususnya pengeluar kereta dari China.