Tragedi Ayer Keroh: JPJ akan ambil tindakan susulan terhadap syarikat lori, bas – Loke

2024-12-24 25

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan akan menjalankan siasatan terperinci dengan segera berhubung punca kemalangan yang mengorbankan tujuh nyawa di persimpangan tol Ayer Keroh pada Isnin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, selain itu JPJ juga akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap syarikat lori treler serta bas yang terlibat.