Kucing mati: Tiada saksi, CCTV punca siasatan makin sukar - DVS

2024-12-21 364

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan menerima dua aduan berasingan berhubung kes kematian kucing di Universiti Malaya (UM) yang kini dalam siasatan.

Menerusi satu kenyataa, kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 12 Disember lalu di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM, namun aduan rasmi hanya diterima pada 17 Disember lalu.