Pihak polis dinasihatkan tidak terburu-buru membuat kenyataan berhubung kes kematian ngeri beberapa kucing di Universiti Malaya adalah disebabkan serangan anjing liar.
Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Dr Arie Dwi Andika, ia tidak logik kerana potongan pada bangkai kucing itu cukup kemas seakan-akan menggunakan alat tajam, bukan gigitan taring haiwan.