Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran daripada syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu.