Masyarakat antarabangsa diseru mengukuhkan nilai kemanusiaan sejagat dan berusaha menghentikan prejudis, diskriminasi, keganasan, dan penderaan terhadap migran.
Perkara itu disampaikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menerusi hantaran di X yang menyatakan kebimbangannya terhadap ancaman dihadapi golongan tersebut.