TIDAK menjangka bergelar juara program Famili Duo musim keempat (FD4), penyanyi Shiha Zikir juga belum terfikir untuk membelanjakan wang kemenangan bernilai RM100,000.
Mahu berkongsi rezeki, Shiha berharap wang tersebut juga dapat membantu kakaknya iaitu Ieda Zikir meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kehilangan suami tahun lalu.