Rusia berunding dengan HTS, mahu kekalkan pangkalan tentera

2024-12-13 18

Rusia dilaporkan telah mengadakan hubungan langsung dengan jawatankuasa politik kumpulan pemberontak Islamis Syria, Hayat Tahrir al-Sham (H-T-S), menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Rusia, Mikhail Bogdanov.

Bogdanov menyatakan bahawa Moscow ingin mengekalkan pangkalan tenteranya di Syria dan hubungan dengan H-T-S berlangsung dalam suasana yang konstruktif.