Pemandu kereta kuning didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu kereta berwarna kuning yang tular dalam aksi 'drift' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat, atas satu pertuduhan memandu secara melulu di sebuah stesen minyak di Damansara Damai Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Pembantu kedai runcit, R Simachalam membuat pengakuan itu atas pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702020/berita/semasa/pemandu-kereta-kuning-didakwa-memandu-secara-melulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #drift #PetalingJaya