Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak

2024-12-12 5

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan mendadak setakat jam 6 pagi, Jumaat.

Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.