48 individu terbabit sindiket penipuan dalam talian ditahan

2024-12-10 62,890

48 individu terbabit sindiket penipuan dalam talian ditahan

Polis menahan 48 individu di empat lokasi berasingan di Port Dickson menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri selepas terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari luar negara, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selama 20 hari bermula 14 November lalu dan berakhir pada 3 Disember lepas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/701532/berita/semasa/48-individu-terbabit-sindiket-penipuan-dalam-talian-ditahan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Scammer