KPDN sekat akses 3,553 laman web berkait cetak rompak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan menghalang akses terhadap laman web yang didapati melanggar Akta Hak Cipta 1987 berkaitan aktiviti cetak rompak sejak 2021 hingga Oktober lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang menjawab bagi pihak KPDN berkata, tindakan itu antaranya membabitkan laman web yang menyiarkan karya hak cipta berjudul 'Syurga Itu Bukan Mudah', 'Jangan Lupa Janji' dan 'Chinta Wrong Direction'.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengenai jumlah laman web yang dihalang akses kerana pelanggaran hak harta intelek serta sama ada Program Cyber Copyright Enforcement (CyCore) masih dilaksanakan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #lamanwebdisekat #cetakrompak #KPDN