Gandingan Pramono-Rano lepasi 50 peratus undi untuk gabenor, wakil gabenor Jakarta

2024-12-08 43

Calon gabenor Jakarta Pramono Anung dan calon wakil gabenornya, Rano Karno Berjaya memperolehi 50.7 peratus undian, dan sekaligus memenangi Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) Jakarta dalam satu pusingan sahaja.

Badan pengurusan pilihan raya iaitu Komisi Pemilihan Umum Provinsi Jakarta seperti dilaporkan Kompas, membuat pengumuman bagi pasangan nombor tiga itu, setelah selesai proses pungutan suara pada Ahad.