PBB pantau rapat perkembangan terkini konflik di Syria

2024-12-08 34

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang memantau rapat perkembangan terkini berkaitan konflik yang berlaku di Syria.

Menurut Ketua Bantuan PBB yang baharu, Tom Fletcher dalam hantaran di X, pasukan badan dunia itu turut dikerahkan ke lapangan bagi memastikan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada golongan yang memerlukan.