Komander pemberontak Syria, Hassan Abdul Ghani, pada awal pagi Ahad memaklumkan pasukan pemberontak berjaya "membebaskan sepenuhnya" bandar Homs, yang terletak di tengah Syria.
Dalam satu rakaman di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di sekeliling patung bekas Presiden Syria, Hafez Al-Assad, sebelum menumbangkan patung itu sambil disambut sorakan kuat meraikan kejayaan tersebut.