Banjir yang melanda Terengganu sejak 23 November lepas kini pulih selepas semua pusat pemindahan sementara PPS yang beroperasi sebelum ini, ditutup.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya, kemas kini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, maklumkan, jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10 ribu 636 orang setakat 9 pagi Sabtu berbanding 10 ribu 398 awal pagi tadi.