Larangan guna pangkalan haram Sungai Golok tetap diteruskan

2024-12-06 6

Kerajaan akan tetap meneruskan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula Ahad lalu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang bantahan berhubung tindakan terbabit.