Delegasi Perancis tiba di Beirut, bincang gencatan senjata

2024-12-05 10

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menerima delegasi dari Perancis di Beirut pada Khamis bagi membincangkan pelaksanaan gencatan senjata antara Hezbollah dan Israel.

Menerusi hantaran di X, Pejabat Perdana Menteri Lubnan mengatakan, perbincangan menumpukan soal pengunduran tentera Israel dari Lubnan dan pengukuhan penempatan tentera Lubnan di selatan negara itu.