Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Parlimen, PETRA merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa bencana banjir yang sedang melanda negara.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat, agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan yang membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.