Hujan lebat luar biasa punca Pantai Timur terjejas teruk

2024-12-03 29

Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, taburan hujan juga adalah dua kali ganda berbanding purata biasa, ditambah dengan keadaan air pasang besar.