KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir

2024-12-02 10

Seramai 1,672 pegawai dan anggota polis, bersama 230 aset kenderaan serta peralatan kecemasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bantuan operasi banjir di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan, KDN memaklumkan antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.