4,872 hektar kawasan pertanian terjejas akibat banjir

2024-12-01 4

Sebanyak 4,872 hektar kawasan pertanian dilaporkan telah terjejas yang melibatkan 2,156 pesawah, petani dan pengusaha makanan, manakala 661 petugas KPKM Inc. Kelantan turut menjadi mangsa banjir kali ini.

Menurut Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan menerusi laman Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu, nilai keseluruhan kerugian sektor pertanian kelantan akibat banjir kali ini dianggarkan melebihi RM16 juta.