Kerajaan salur RM1,000 kepada isi rumah terjejas banjir
Kerajaan sudah menyalurkan bantuan tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara bermula Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan itu akan diagihkan secara berfasa kepada semua KIR yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/699621/berita/nasional/kerajaan-salur-rm1000-kepada-isi-rumah-terjejas-banjir
#SinarHarian #BeritaSemasa #BantuanBanjir #ZahidHamidi #Terengganu