Dr Maza saman GISBH RM10 juta

2024-11-29 3,416

Dr Maza saman GISBH RM10 juta

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) berhubung pernyataan dalam poster jemputan media, Ogos lalu.

Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 Oktober lalu menerusi Tetuan Faizal Rahman & Co.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/699407/berita/semasa/dr-maza-saman-gisbh-rm10-juta

#SinarHarian #BeritaSemasa #DrMaza #GISBH